Kelas ICT – Google Search

5 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Ogos 2019, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT bertajuk Google Search. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar melakukan carian Google dengan berkesan. Carian Google yang terperinci adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. Beberapa video KDB berkaitan maklumat palsu turut dikongsikan dengan para pelajar. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali