Pembuatan Poster Sambutan Tahun Baru

4 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Januari 2019, Pusat Internet Kg. Paya Jakas telah membantu beberapa penduduk setempat yang berumur lingkungan 10 hingga 14 tahun untuk menghasilkan sebuah poster. Mereka dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan sebuah poster berkenaan tahun baru tersebut. Justeru, mereka berminat dan telah datang ke Pusat Internet Kg. Paya Jakas untuk menggunakan kemudahan serta khidmat nasihat dalam menghasilkan poster tersebut. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2 petang hingga jam 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali