Kelas Multimedia – Scratch 2.0

19 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2019, telah diadakan satu kelas Multimedia dengan menggunakan perisian Scratch 2.0. Perisian ini merupakan satu perisian animasi yang menarik dan mudah untuk digunakan oleh kanak-kanak mahupun dewasa. Perisian ini menggunakan format gambar dan skrip di mana pengguna hanya perlu memilih gambar dan seterusnya memasukkan arahan skrip sepertimana yang mereka inginkan. Skrip tersebut mempunyai pelbagai pilihan dan pengguna boleh menghasilkan bukan sahaja animasi, malah turut boleh menghasilkan permainan video mereka sendiri. Kelas ini mensasarkan kehadiran pelajar sekolah yang sering datang ke Pusat Internet Kg. Paya Jakas dan mereka ternyata seronok mempelajari perisian ini. Kelas ini berlangsung selama 3 jam dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang dan dihadiri seramai 7 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali