Mesyuarat Penyelarasan Program Sepakat Komuniti Jabatan Penerangan Johor

14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Oktober 2019, bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Segamat, telah berlangsung satu mesyuarat penyelarasan untuk Program Sepakat@Komuniti Bersama YB Tuan Gobind Singh Deo yang akan diadakan pada 20 Oktober 2019. Program ini adalah anjuran Pejabat Penerangan Negeri Johor dan akan diadakan di SMK Jementah. Pusat Internet Kg. Paya Jakas telah diberi kepercayaan untuk membantu dalam publisiti dan promosi program tersebut.

Seramai 27 orang wakil dari agensi kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan seperti Majlis Perbandaran Segamat, UiTM Segamat, Kolej Komuniti Segamat, Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, SMK Jementah, Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Air Johor dan sebagainya telah hadir dan berkongsi perkembangan persiapan masing-masing. Walaubagaimanapun, YB Tuan Gobind Singh Deo dimaklumkan tidak dapat hadir ke program ini dan tempat beliau akan digantikan oleh YB Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad, Exco Kerajaan Negeri Johor.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Nor Sofian bin Abdul Manan, Pegawai Penerangan Daerah Segamat ini bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali