Pembangunan Laman Web

10 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Ogos 2018, Pusat Internet Kg. Paya Jakas telah mengadakan kelas pembangunan laman web. Kelas ini merupakan kesinambungan kepada kelas sebelumnya. Kelas ini bertujuan untuk membantu seorang usahawan tempatan membangunkan laman web perniagaannya. Laman web boleh mempunyai banyak fungsi dan boleh digunakan dalam pelbagai gaya.

Sebuah laman web boleh menjadi laman web peribadi, sebuah laman web korporat untuk sebuah syarikat, sebuah laman web kerajaan, sebuah laman web organisasi, dan lain-lain. Kelas ini berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 2 petang hingga jam 6 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali