Kelas Keusahawanan - Pendaftaran SSM

15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2018, pihak pengurusan Pusat Internet Kg. Paya Jakas telah didatangi oleh seorang penduduk setempat bernama Muhd Farhan bin Othman untuk mempelajari cara pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tujuan beliau melakukan pendaftaran tersebut adalah untuk memulakan perniagaannya.

Saudara Farhan datang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis perniagaan yang dibenarkan, cara-cara mengisi borang pendaftaran perniagaan dan memuat turun borang pendaftaran tersebut. Taklimat ini telah berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali