Kelas Keusahawanan (Multimedia)

27 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2018 bertempat di Pusat Internet Kg. Paya Jakas, pihak pengurusan telah mengadakan satu lagi kelas keusahawanan. Kelas ini merupakan kesinambungan kepada kelas sebelumnya. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu usahawan kecil tempatan menggunakan platform multimedia dalam mempromosikan perniagaan masing-masing. Platform multimedia yang mempunyai pelbagai variasi mampu untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk mengikutinya. Justeru, multimedia juga boleh digunakan sebagai medium untuk mempromosikan sesebuah perniagaan.

Pada kali ini, usahawan muda bernama Mohd Nazri bin Misri mempelajari cara untuk membuat poster dan video pengiklanan. Poster dan video ini dapat membantu Saudara Nazri untuk menarik perhatian pengguna Facebook untuk melayari halaman Facebook perniagaannya. Saudara Nazri telah mempelajari dari asas membuat poster dan video hingga mampu untuk memuatnaik video ke halaman Facebook. Kelas berlangsung selama 3 jam bermula dari 2 petang hingga 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali