Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) – E-waste

08 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2018, pihak pengurusan Pusat Internet Kg. Paya Jakas dengan kerjasama Persatuan Siswa Anak Segamat telah mengadakan program Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) di Hotel Villa, Segamat. Taklimat ini diberikan dalam jamuan Hari Raya Aidillfitri yang diadakan oleh Persatuan Siswa Anak Segamat. Taklimat ini juga turut disertai oleh pengurusan Pusat Internet Parit Othman untuk memudahkan lagi penyampaian taklimat.

Pada kali ini, taklimat dijalankan dengan memfokuskan kepada tajuk “Mobile E-Waste”. Rata-rata ahli Persatuan Siswa Anak Segamat adalah pelajar kolej dan universiti justeru mereka antara pangguna teknologi yang amat tinggi. Jadi taklimat ini sangat penting untuk memberikan kesedaran kepada anak muda tentang pengurusan “Mobile E-Waste”. Taklimat ini telah berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan dihadiri seramai 35 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali