Jamuan dan Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Penggal 1 - Maxis eKelas 2018)

01 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Jun 2018, pihak pengurusan Pusat Internet Kg. Paya Jakas dengan kerjasama Maxis telah mengadakan program Jamuan dan Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Penggal 1 - Maxis eKelas 2018. Program ini adalah sebagai tanda mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pelajar dari Pusat Internet Kg. Paya Jakas yang telah memenangi projek-projek yang diberikan dalam Penggal 1 bagi program Maxis eKelas 2018.

Pelajar-pelajar ini telah menunjukkan semangat yang tinggi serta sifat berani dan rajin di dalam penyertaan mereka. Para pemenang dihadiahkan sepasang uniform sekolah kepada mereka. Majlis berlangsung selama satu jam dan diakhiri dengan jamuan ringan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali