E-Kelas – QR Code & Education Game

8 November 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas tambahan E-Kelas pada kali ini diteruskan dengan topik QR Code & Education Game. Melalui kelas ini, pelajar didedahkan tentang penggunaan QR Code yang semakin meluas dan boleh digunapakai. Pada kali ini, pengurusan Pusat Internet Kg Paya Jakas memberi penekanan kepada tajuk cara mengendalikan QR Code. Setelah selesai berkongsi mengenai topik tersebut, kami mengadakan satu permainan yang melibatkan cara penggunaan QR Code, murid-murid pun turut bekerjasama dalam program tersebut.

Pemenang telah diberikan sedikit sumbangan atas kejayaan menjawap soalan yang diberikan dengan pantas dan tepat.
Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 2 petang hingga 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali