Hari Terbuka Pusat Internet Kg. Paya Jakas

26 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2018, Pusat Internet Kg Paya Jakas telah mengadakan satu program Hari Terbuka. Program ini bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara Pusat Internet Kg Paya Jakas dengan penduduk kampung di kawasan sekitarnya. Pelbagai acara dijalankan seperti taklimat dan tayangan video KDB, edaran flyers berkenaan KDB, sukaneka, teka silang kata ICT, cabaran menaip pantas, dan jualan dari usahawan Pusat Internet.

KOSPEN juga menyertai Hari Terbuka ini dan mereka menyediakan perkhidmatan pemeriksaan asas kesihatan percuma. Pusat Internet Kg Paya Jakas juga turut dibantu oleh staf dari Pusat Internet Parit Othman dan Pusat Internet Teluk Rimba. Hari Terbuka ini berjalan meriah dengan penyertaan dari kira-kira 62 orang penduduk kampung. Program ini diakhiri dengan ucapan dari Penghulu Mukim Jementah, En Ahmad Zaidi Bin Sajidan, yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang untuk setiap acara yang dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali