Kelas Keusahawanan – Online Marketing

3 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 September 2018, Pusat Internet Kg. Paya Jakas telah membantu seorang peniaga tempatan tentang cara melakukan Online Marketing. Pada kali ini, seorang usahawan bernama Muhd Farhan bin Othman memohon bantuan daripada Pusat Internet Kg. Paya Jakas untuk belajar cara melakukan perniagaan atas talian. Beliau diajar untuk membuat akaun facebook khusus untuk perniagaannya. Melalui facebook itu, beliau boleh mengiklankan produk yang diniagakan dan juga meletakkan no telefon serta alamat untuk memudahkan pelanggan menghubungi beliau.

Kelas ini berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 2 petang hingga jam 6 petang.



 

Kembali Ke Atas

kembali