Kelas ICT – Microsoft PowerPoint

19 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2018, bertempat di Pusat Internet Paya Jakas, satu sesi pembelajaran ICT telah dijalankan. Kali ini kelas ini dihadiri oleh seorang penduduk tempatan bernama Nur Akmalina. Adik Akmalina telah beberapa kali hadir dalam kelas ICT anjuran Pusat Internet Kg. Paya Jakas. Pada kali ini, Adik Akmalina diberikan pendedahan tentang Microsoft PowerPoint dan tujuan penggunaannya. Seterusnya beliau diajar tentang asas penggunaan PowerPoint seperti cara memilih tema, cara menaip dan cara menambah slide baru. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 11.00 pagi hingga 1.00 petang.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali