Kelas ICT – Menulis Surat Rasmi

18 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2018, Pusat Internet Kg. Paya Jakas telah dikunjungi oleh Ketua Kampung baru, iaitu Haji Khairuddin bin Haji Sagap. Tujuan beliau datang ke pusat internet adalah untuk meminta tunjuk ajar dalam menyediakan surat rasmi. Pengurusan pusat internet membantu beliau dengan mengajar beliau cara menggunakan Microsoft Word 2016 serta cara menulis surat rasmi. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 11.00 pagi hingga 1.00 petang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali