Kelas ICT – Microsoft Words

2 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Disember 2018, bertempat di Pusat Internet Paya Jakas, telah diadakan kelas ICT dalam bentuk pembelajaran Microsoft Word. Kelas ini merupakan kesinambungan kepada kelas-kelas ICT sebelum ini. Para pelajar diajar tentang cara-cara untuk menggunakan ciri-ciri tambahan di dalam Microsoft Words seperti cara memasukkan gambar, jadual, bentuk dan carta.

Kelas ini telah dapat membantu mereka menggunakan Micorosoft Words dengan lebih mahir dan cekap. Kelas ditamatkan dengan sedikit tayangan video Klik Dengan Bijak bertajuk Buli Siber. Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula 11.00 pagi hingga 1.00 petang.




Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali