Kelas Keusahawanan – Online Marketing

2 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Disember 2018, Pusat Internet Kg. Paya Jakas telah membantu seorang peniaga tempatan tentang cara melakukan Online Marketing.
Pada kali ini, seorang usahawan bernama Nur Seri Arif memohon bantuan daripada Pusat Internet Kg. Paya Jakas untuk belajar cara melakukan perniagaan atas talian. Nur Seri Arif adalah agen jualan produk Mary Kay dan beliau juga menjalankan kelas solekan secara sambilan. Beliau diajar untuk membuat pengiklanan melalui media sosial iaitu Facebook. Melalui Facebook itu, beliau boleh mengiklankan produk yang diniagakan dan juga meletakkan no telefon serta alamat untuk memudahkan pelanggan menghubungi beliau.

Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 4 petang hingga jam 6 petang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali