dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Paya Jakas, Johor
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Terbuka PI

6 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2017 yang bertempat di dalam PI Kg Paya Jakas telah berlangsung Hari Terbuka bagi PI Kg Paya Jakas. Acara ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan PI kepada penduduk setempat. Program Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Paya Jakas merupakan program tahunan yang dirancang sejak awal tahun lagi. Ianya merupakan salah satu cara bagi menjalinkan hubungan mesra antara masyarakat dengan pihak pusat internet dan juga bersempena sambutan hari raya aidilfitri. Program ini juga telah mendapat kerjasama Staf Pusat Internet 1 Malaysia, JKKK dan KOSPEN Paya Jakas.

Acara ini dirasmikan oleh En Ahmad Zaidi selaku Penghulu bagi mukim Jementah.. Terdapat banyak acara menarik yang di jalankan seperti sukaneka dewasa dan kanak, cabutan bertuah, pertandingan mewarna bagi pelajar tadika dan banyak lagi. Acara ini telah berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.